Wednesday, 14 March 2012

PEMAKANAN- KARBOHIDRAT

Dalam ruangan ini saya akan membincagkan tentang karbohidrat. Secara umumnya karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) dan karbohidrat kompleks (complex carbohydrate).



1. KARBOHIDRAT RINGKAS

Ianya terdiri daripada gula asas tunggal. Karbohidrat ringkas memberikan rasa manis dalam makanan. Ketika dimakan, ianya akan diserap secara langsung ke dalam darah sebagai glukosa yang diperlukan oleh badan. Glukosa menyediakan tenaga segera kerana ia sampai kepada bahagian- bahagian badan dengan cepat melalui darah.

Contoh karbohidrat ringkas adalah :

- GULA










- SIRAP JAGUNG









-BUAH- BUAHAN






- SUSU







- MADU







2. KARBOHIDRAT KOMPLEKS


Karbohidrat kompleks, seperti namanya, adalah gabungan pelbagai jenis gula. Karbohidrat jenis ini mengambil masa yang lama untuk dipecahkan ke dalam bentuk asas mereka, dan dengan sebab itu ianya memerlukan lebih masa untuk dihadam. Perpecahan yang perlahan membekalkan badan kita dengan tenaga yang berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Disebabkan karbohidrat kompleks ini memerlukan masa yang lama untuk dihadam, mereka sentiasa digunakan oleh badan. Oleh itu, gula yang ditukarkan kepada lemak tidak disimpan dalam kuantiti yang banyak seperti karbohidrat ringkas. Karbohidrat ringkas memberikan tenaga segera kepada badan kerana proses pemecahannya yang lebih cepat, dan ini seterusnya meningkatkan penyimpanan lemak yang dipecahkan, yang jika tidak dibakar atau digunakan, akan membawa kepada masalah- masalah kesihatan.


Contoh karbohidrat kompleks adalah :

- ROTI GANDUM PENUH




















- OAT




















- PASTA




 




- KACANG




 




- BENIH



 




- BERAS PERANG



 




BAGAIMANA BADAN ANDA MENGGUNAKAN KARBOHIDRAT?




Apabila anda makan karbohidrat, tubuh anda akan memecahkan karbohidrat itu kepada gula ringkas, yang kemudiannya diserap ke dalam aliran darah. Apabila paras gula meningkat dalam badan, pankreas akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil insulain. Insulin diperlukan untuk menawal gula dari darah ke dalam sel, di mana gula digunakan sebagai sumber tenaga.


Apabila proses ini terjadi dengan cepat, dengan memakan  gula ringkas, anda akan mudah berasa lapar dengan cepat. Manakala jika proses ini berlaku lebih perlahan, contohnya dengan memakan roti gandum penuh, anda akan berasa kenyang dalam masa yang lebih lama. Karbohidrat kompleks memberikan anda tenaga sepanjang masa, dalam temph masa yang lebih lama.


Karbohidrat di dalam beberapa makanan (terutamanya yang mengandungi banyak gula ringkas) menyebabkan paras gula meningkat lebih cepat, dan saintis telah mengkaji sama ada memakan makanan yang menyebabkan peningkatan besar gula dalam darah mungkin dikaitkan dengan  masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.







No comments:

Post a Comment