Saturday, 10 March 2012

CARA TURUNKAN BERAT BADAN

Ok lah saudara saudari sekalian, dalam entri kali ni saya akan menerangakan cara- cara nak turunkan berat badan pula, sebab saya dapat banyak permintaan nak topik pasal turunkan lemak! Hahha

Biasalah sebelum ni kita tak ambik kisah sangat pasal pemakanan kita, makan ikut hentam je, dah tak fikir apa yang kita makan dan apa kesannya kepada diri dan kesihatan kita. Kalau dah makan tak ikut kewarasan, inilah jadinya...








































Jadi mesti anda dah bosan kan dengan masalah berat badan ataupun lemak di bahagian badan khususnya perut, dada, bawah lengan, paha dan bawah dagu.


Biasalah manusia memang akan melakukan kesilapan..dan kita juga boleh perbetulkannya :)


Ramai wanita tak kurang juga lelaki yang bertanyakan saya apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah mereka, dan jawapan inilah yang akan mereka dengar :



1. JANGAN DIET DENGAN BERLAPAR


















Ok mesti semua mempunyai tanggapan bahawa kalau nak turunkan berat badan atau buang lemak, kita kenalah berlapar...SALAH! Sebenarnya kalau kita diet dengan cara tidak makan atau makan sekali sehari, cara ini hanya akan menyeksa badan dan psikologi anda. YA diet berlapar adalah cara yang sememangnya menyeksakan kerana badan tidak mendapat kalori dan nutrien yang cukup, lantas membantutkan proses yang berlaku di dalam badan kita. Mungkin ada yang berbangga bahawa mereka turun 3kg dalam seminggu kerana mengamalkan diet berlapar ini. YA memang betul mereka turun 3kg, tapi 3 kg itu adalah air dan glycogen dalam otot semata- mata. Glycogen dalam otot akan menurun bila kita tidak mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi, seterusnya membuatkan berat badan kita menurun, dan 3kg yang berjaya dikurangkan itu bukanlah lemak. Jikalau mereka sudah letih mengamalkan diet berlapar dan kembali makan seperti biasa, badan mereka akan naik dengan mendadak :)


2. LAKUKAN LATIHAN CARDIO
























Cara yang paling cepat bagi membuang lemak adalah dengan melakukan senaman cardio atau kardiovaskular. Contoh senaman kardiovaskular adalah jogging, berbasikal, swimming, melakukan senaman di atas treadmill dan sebagainya. Seeloknya senaman ini dilakukan pada awal pagi sebelum sarapan sekurang- kurangnya 30 minit. Lakukan 3-5 kali seminggu. Senaman ini sebenarnya boleh dilakukan pada bila- bila masa namun waktu awal pagi adalah yang terbaik kerana badan kita akan menggunakan sumber karbohidrat sebagai tenaga secepat mungkin kerana kita belum makan sarapan pagi, selepas jumlah karbohidrat habis digunakan, lemak di dalam badan kitalah yang menjadi sumber tenaga dan pada ketika inilah lemak dapat dibakar!


Kajian terbaru menyatakan bahawa cara paling efektif bagi membuang lemak adalah dengan melakukan SPRINT. Anda pergi ke kawasan lapang, lakukan sedikit regangan dan lari sepantas mungkin selama 30 saat,dan berhenti. Rehat 1-4 minit. Ini dikira satu set. Lakukan sekurang- kurangnya 6 set, 2 kali seminggu. Cukup mudah dan menjimatkan masa, cubalah!


3. KETAHUI MAKANAN YANG DI MAKAN







Bagi proses menurunkan berat badan, kita perlulah mengetahui apa yang kita makan dan bila. Makanlah setiap 3 jam(YA, sama seperti proses menambah berat badan), dan makanan tersebut perlulah tinggi protein, sederhana karbohidrat dan lemak. Elakkan makan karbohidrat pada waktu malam. Manakala air yang bergula jikalau tidak dapat elakkan, minumlah hanya pada waktu pagi.


Contoh meals bagi menurunkan berat badan :


7 pagi - roti wholemeal 4keping + telur masak separuh 2 biji
10 pagi - nasi putih+ lauk + sayur
1 t.hari - roti wholemeal 4keping @ oat 5 sudu besar
4 petang - buah epal 2 biji
7 malam - sup ayam/ telur
10 malam - sayur@sup@ kekacang




4. MINUM AIR SECUKUPNYA







Bagi melancarkan proses pembakaran lemak, jumlah air yang diminum mestilah mrncukupi. Minumlah air sekurang- kurangnya 8 gelas sehari, ini kerana proses yang berlaku di dalam badan memerlukan air untuk berlaku.



5. TIDUR SECUKUPNYA






Tidur juga memainkan penting dalam membantu proses pembuangan lemak. Ini kerana lemak juga akan dibakar ketika kita tidur! Jadi dapatkanlah tidur sekurang- kurangnya 6 jam semalaman bagi mempercepatkan proses pembuangan lemak :)



6. KONSISTEN

Amalkanlah konsistensi dalam pemakanan dan latihan serta tidur bagi memastikan proses ini berkesan dan cepat! Selain itu catatlah perkembangan berat anda pada awal dan pertengahan bulan bagi mengetahui kedudukan sebenar sama ada apa yang anda lakukan berhasil atau tidak.


Akhir sekali, jika anda mengamalkan kesemua 6 tips bagi menurunkan berat badan ini dengan baik, inilah hasilnya :




No comments:

Post a Comment