Tuesday, 6 March 2012

CARA TAMBAH BERAT BADAN

"Saya kurus sangat, macam mana nak tambahkan berat badan bro?"
"Bro badan kau berketul la, macam mana nak jadi macam bro ni?"
" Bro aku malu la badan kering sangat,pompuan pun boleh sepak aku!"




Ni la rata-rata pertanyaan yang selalu saya  dapat sama ada dari budak-budak kat gym ataupun yang jumpa tepi jalan je.

Ok lah dalam post ni saya akan bagi basics untuk tambahkan berat badan supaya anda akan nampak lagi tegap dan berkeyakinan :)


Cara terbaik untuk tambah berat badan adalah dengan pergi ke gym dan lakukan latihan bebanan. Sebab utama saya nyatakan sedemikian adalah kerana seeloknya berat yang ingin ditambah tu biarlah berat dari otot, bukan lemak semata- mata. Kalau berat naik tapi dengan lemak je, tak cantik gak..seeloknya berat tu datang dari otot yang menyerlahkan sifat- sifat kelakian anda.


Di sini saya gariskan tips secara umum bagi orang baru yang mahu menambah otot :

1. Lakukan latihan bebanan 4- 5 kali seminggu





















2. Susun jadual latihan dengan betul



















Contoh jadual untuk beginner :

Ahad- chest
Isnin- biceps, triceps
Selasa- rehat
Rabu- back
Khamis- shoulder
Jumaat- leg
Sabtu- rehat

Elakkan melakukan latihan otot yang sama pada satu-satu minggu. Contoh jika ahad anda train chest, hanya lakukan latihan chest pada ahad minggu depan pula.Ini kerana otot memerlukan masa untuk recover, dan ingat otot membesar ketika kita tidur.

3. Makan dengan secukupnya

Untuk mendapatkan otot, anda perlu makan setiap 3 jam. Ini bagi memastikan otot sentiasa mendapat nutrien yang diperlukan bagi fungsi membaikpulih seterusnya membina otot- otot baru. Makan setiap 3 jam? Mesti ramai yang terkejut kan? :) Sebenarnya anda boleh melakukannya, makanan yang dimakan perlulah dalam kuantiti yang sederhana. Makanlah makanan berprotein tinggi dan karbohidrat juga tinngi dan padat. Contohnya nasi putih, oat, pisang, ubi, nasi perang, ikan, daging, ayam, telur, kekacang, pasta, roti whole grain. Kalau busy bawa lah bekal dan kalau sangat busy, belilah makanan tambahan bagi menggantikan makanan tersebut.

4. Tidur dengan secukupnya

Bagi memastikan otot dapat dibina, tidur mestilah mencukupi kerana otot hanya akan terbina ketika kita tidur. Dapatkan tidur yang nyenyak selama 6-8 jam.

5. Lakukan dengan konsisten

Konsistensi sangat penting dalam proses membina otot, catakan perkembangan berat anda setiap 2 minggu, snap picture sekali kalau rajin la kan. Lakukan latihan bebanan mengikut jadual, makan dan tidur secukupnya, dan dalam masa 3 bulan anda akan nampak hasilnya.



No comments:

Post a Comment