Wednesday, 14 March 2012

PEMAKANAN- KARBOHIDRAT

Dalam ruangan ini saya akan membincagkan tentang karbohidrat. Secara umumnya karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) dan karbohidrat kompleks (complex carbohydrate).



1. KARBOHIDRAT RINGKAS

Ianya terdiri daripada gula asas tunggal. Karbohidrat ringkas memberikan rasa manis dalam makanan. Ketika dimakan, ianya akan diserap secara langsung ke dalam darah sebagai glukosa yang diperlukan oleh badan. Glukosa menyediakan tenaga segera kerana ia sampai kepada bahagian- bahagian badan dengan cepat melalui darah.

Contoh karbohidrat ringkas adalah :

- GULA










- SIRAP JAGUNG









-BUAH- BUAHAN






- SUSU







- MADU







2. KARBOHIDRAT KOMPLEKS


Karbohidrat kompleks, seperti namanya, adalah gabungan pelbagai jenis gula. Karbohidrat jenis ini mengambil masa yang lama untuk dipecahkan ke dalam bentuk asas mereka, dan dengan sebab itu ianya memerlukan lebih masa untuk dihadam. Perpecahan yang perlahan membekalkan badan kita dengan tenaga yang berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Disebabkan karbohidrat kompleks ini memerlukan masa yang lama untuk dihadam, mereka sentiasa digunakan oleh badan. Oleh itu, gula yang ditukarkan kepada lemak tidak disimpan dalam kuantiti yang banyak seperti karbohidrat ringkas. Karbohidrat ringkas memberikan tenaga segera kepada badan kerana proses pemecahannya yang lebih cepat, dan ini seterusnya meningkatkan penyimpanan lemak yang dipecahkan, yang jika tidak dibakar atau digunakan, akan membawa kepada masalah- masalah kesihatan.


Contoh karbohidrat kompleks adalah :

- ROTI GANDUM PENUH




















- OAT




















- PASTA




 




- KACANG




 




- BENIH



 




- BERAS PERANG



 




BAGAIMANA BADAN ANDA MENGGUNAKAN KARBOHIDRAT?




Apabila anda makan karbohidrat, tubuh anda akan memecahkan karbohidrat itu kepada gula ringkas, yang kemudiannya diserap ke dalam aliran darah. Apabila paras gula meningkat dalam badan, pankreas akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil insulain. Insulin diperlukan untuk menawal gula dari darah ke dalam sel, di mana gula digunakan sebagai sumber tenaga.


Apabila proses ini terjadi dengan cepat, dengan memakan  gula ringkas, anda akan mudah berasa lapar dengan cepat. Manakala jika proses ini berlaku lebih perlahan, contohnya dengan memakan roti gandum penuh, anda akan berasa kenyang dalam masa yang lebih lama. Karbohidrat kompleks memberikan anda tenaga sepanjang masa, dalam temph masa yang lebih lama.


Karbohidrat di dalam beberapa makanan (terutamanya yang mengandungi banyak gula ringkas) menyebabkan paras gula meningkat lebih cepat, dan saintis telah mengkaji sama ada memakan makanan yang menyebabkan peningkatan besar gula dalam darah mungkin dikaitkan dengan  masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.







Tuesday, 13 March 2012

PEMAKANAN - PROTEIN

Pada entri kali ini saya akan menerangkan tentang pemakanan kepada anda. Adakah anda tahu apa yang anda makan atau anda hanya makan mengikut apa yang tersedia sahaja tanpa mengambil berat tentang jenis- jenis nutrisi yang terdapat dalam makanan yang dimakan? Atau lebih parah lagi jikalau anda makan mengikut selera dan nafsu makan semata- mata !


Sekarang saya akan tekankan tentang protein terlebih dahulu, manakala pada entri- entri yang seterusnya saya akan bercerita tentang karbohidrat dan lemak pula :). Ingat, protein adalah nutrient paling penting dalam membantu membina otot dan juga membantu penyingkiran lemak.


Fungsi Protein :


  1. Penting bagi struktur sel darah merah.
  2. Antibodi yang menentang jangkitan.
  3. Bagi mengawal enzim dan hormon
  4. Membantu pertumbuhan dan membaiki tisu badan.



Sumber- sumber Protein

Berikut adalah sumber- sumber protein yang paling tinggi kandungan proteinnya iaitu :


1.IKAN




Contoh kandungan protein dalam 100g Ikan Tuna

Nutrition Facts
Fish Tuna Yellowfin Fresh Cook
Serving Size 100g
Calories 139
% Daily Value*
Total Fat 1.22g2%
    Saturated Fat 0.301g2%
Cholesterol 58mg19%
Sodium 47mg2%
Total Carbohydrate 0g0%
    Dietary Fiber 0g0%
    Sugar ~g~
Protein 30g~
Vitamin A1%Vitamin C2%
Calcium2%Iron5%



2. AYAM






Contoh kandungan protein dalam 100g Ayam
 
Nutrition Facts
Chicken Broilers Or Fryers Lig
Serving Size 100g
Calories 192
% Daily Value*
Total Fat 5.54g9%
    Saturated Fat 1.52g8%
Cholesterol 90mg30%
Sodium 81mg3%
Total Carbohydrate 0.4g0%
    Dietary Fiber 0g0%
    Sugar ~g~
Protein 32.8g~
Vitamin A1%Vitamin C0%
Calcium2%Iron6%






3. DAGING



Contoh kandungan protein dalam 100g Daging
 
Nutrition Facts
Beef Round Top Round Separable
Serving Size 100g
Calories 205
% Daily Value*
Total Fat 5.6g9%
    Saturated Fat 1.92g10%
Cholesterol 90mg30%
Sodium 45mg2%
Total Carbohydrate 0g0%
    Dietary Fiber 0g0%
    Sugar 0g~
Protein 36.1g~
Vitamin A0%Vitamin C0%
Calcium0%Iron18%






4. TELUR












Sebiji telur besar mengandungi kira- kira 6g protein.





Sumber -sumber lain protein adalah :


  • Kekacang

  • Susu


  • Mentega


  • Bijirin penuh